CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 11 September 2010

Di Hari Raya Kedua

Kesibukkan membataskanku untuk post sesuatu kat blog nii...Hanya sekarang aku berkesempatan... Yelah setelah segala-galanya selesai...Rumah sedara-mara pun dah aku ziarahi...duit raya pun dah dapt...Tapi xlah bnyk sgt...hihihhi....besar2 pun still dapat jgk...just that person i dont have a time want to see...when??? I`m still dont know.... Hopefully i can get duit raya from him...hahaha...To all of you who read this post I want to say SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.....especially to my frend n my beloved lecture EN AZIZ YATIM. Becouse of him i`m crete this blog...TQ so much...

Wednesday 8 September 2010

Sebagai Tatapan....

Jika hari ini seorang anak…..
Sentiasa DIKECAM ….
Ia akan menjadi SEORANG YANG SUKA MENGECAM
Sentiasa DISETERUI …
Ia akan menjadi SEORANG YANG SUKA BERKELAHI
Sentiasa DIHINA …
Ia akan menjadi SEORANG YANG PEMALU & RENDAH DIRI
Sentiasa diberi MALU …
Ia akan menjadi SEORANG YANG SENTIASA RASA BERSALAH
Sentiasa DITABAHI …
Ia akan menjadi SEORANG YANG PENYABAR
Sentiasa diberi GALAKAN …
Ia akan menjadi SEORANG YANG BERKEYAKINAN
Sentiasa ditaburi PUJIAN ..
Ia akan menjadi SEORANG YANG TAHU MENGHARGAI
Sentiasa dilayan dengan ADIL ..
Ia akan menjadi SEORANG YANG TAHU KEADILAN
Sentiasa diberi PERLINDUNGAN …
Ia akan mempunyai KEPERCAYAAN DIRI
Sentiasa diberi PENGIKTIRAFAN …
Ia akan menjadi SEORANG YANG SUKA DIRINYA DAN ORANG LAIN
Sentiasa DIDEKATI DAN DITERIMA …
akan menjadikan DUNIA INI TEMPAT YANG PALING BAHAGIA

GURU OH GURU.....

Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.

Kucing itu...

ada sebuah cerita…

tentang seekor anak kucing,
kucing itu sangat lucu, ramah terhadap semua orang, dan banyak orang yang menyukainya.

tapi dalam perjalanannya banyak orang yang menjahatinya, melukainya, menganiaya, dan menyiksanya… bahkan makanan yang mereka kasih pun diberi racun…
akhirnya kucing itu jadi takut terhadap manusia. dia selalu melarikan diri kalo ketemu manusia, takut dijahatin. kucing ini sering kelaparan dan sakit…

lalu ada seorang anak kecil penyayang binatang yang menemukan kucing ini.
dia tahu dari penduduk sekitar kalo kucing ini sering dianiaya orang, dia tidak tahan mendengar cerita itu…
dia menemukan kucing itu dan membawakannya makanan, selimut, susu, dan semua kebutuhan untuk sang kucing. tapi sang kucing selalu berlari.

tapi anak kecil tidak menyerah. dia terus mencari kucing itu setiap hari dan memberinya makanan. tapi makanan itu tidak disentuh sama sekali oleh si kucing. si kucing takut kalo makanan itu diracuni lagi.
kejadian itu terus berlangsung sampai beberapa lama, berapa minggu bahkan entah sampai kapan…..

sampai akhirnya si anak kecil itu….. menemukan kucing itu tergeletak… tanpa nyawa….
di dekat tong sampah yang berisi makanan basi. kucing itu sangat kurus kering dan kelaparan, tapi dia memilih memakan makanan dari tong sampah daripada menerima makanan pemberian si anak…..

si anak kecil sangat sedih. dia tidak menyangka akhirnya akan seperti ini.
dia sama sekali tidak menyalahkan si kucing yang tidak pernah mau mempercayainya.
dia tidak sakit hati. dia tidak menyerah. dia hanya berharap suatu saat nanti si kucing mau menerima pemberiannya…….

tapi harapan itu tidak pernah terjadi… kucing itu telah meninggal untuk selama-lamanya…

anak kecil itu sangat sedih, dia mengambil semua makanan basi yang ada di tong sampah itu dan memakannya… tak lama kemudian dia keracunan dan meninggal sambil memeluk si kucing…." Beban yang berada di depan kita, tidak pernah lebih besar daripada kekuatan Tuhan yang senantiasa ada di belakang kita "

WARKAH BUAT GADIS SOLEHAH

Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wahai Gadis Solehah…

Dari jauh ku melihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yang luas, gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian.

Dunia ini penuh dengan kepura-puraan. Namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu. Meski pun kau dicaci dan dimaki… ditaburi fitnah… namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam utk menegakkan jihad di akhir zaman ini. Bagi mu Al-quran sebagai hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.

Gadis Solehah..

Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur. Hati yang sentiasa mengingati mati. Yang mencintai Allah dan rasul dan yang taat kepada kedua ibu bapa mu. Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi ketahuilah… sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggan. kalimah Allah..

Gadis Ku..

Saban ketika, gerak gerimu ku perhatikan. Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda, maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida dan yang paling melembutkan hati…. tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati. Bila bertembung dengan jejaka yang bukan muhrimmu, kau tunduk memandang bumi… mengingatkan ku tentang firman allah swt:




“Wahai wanita –wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan boleh membawa kepada zina besar . Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi maha penyayang ,”

Juga meningatkan aku kepada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah saw. Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.

Gadis solehah…..
Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap…. dibalut dan disimpan ditempat yang selamat. Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam.

Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang, kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat… bibirmu berzikir mentilawah Al – Quran, tahajjud , witir dan amalan – amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu, Hijabmu dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.

Gadis solehah….
Sebelum mengakhiri coretanku ..kutitipkan firman Allah swt buatmu…

“ Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat.”

Kekalkan hijabmu hingga keakhir hayatmu …

Kau idaman lelaki beriman.

Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah perhiasan kepada dunia..

Sekadar buat renungan……………

WANITA .....

“Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran” - (Al-Ma’idah: 2).
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman: Suruhlah (manusia) berbuat makruf dan cegahlah mereka dari kerja-kerja mungkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, Allah tidak lagi menerimanya, dan kamu memohon pertolongan lalu Allah tidak menolong kamu lagi.”

Monday 6 September 2010

Resume

Format resume

Bagaimana sepatutnya format resume anda? Apa font yang disyorkan? Perlukah mengepilkan gambar? Cuba lihat beberapa free tips yang saya berikan di bawah.

Anda masih boleh menggunakan tips yang sama untuk
resume Bahasa Melayu
.

1. Hadkan resume anda kepada tiga muka surat.

Jangan panjang melalut dan jangan terlalu ringkas. Graduan kita suka resume panjang - panjang. Kadang kadang tebal resume mengalahkan tebal dictionary. Padahal baru setahun jagung bekerja.

Jika anda lihat pasaran luar negara, kebiasaan format resume yang standard adalah terhad kepada satu mukasurat sahaja. Tetapi di Malaysia, panjang yang disyorkan adalah di antara dua hingga lima muka surat (bergantung kepada pengalaman).

tiada pengalaman profesional 1 - 2 mukasurat
kurang dari 3 tahun pengalaman profesional 2 - 3 mukasurat
lebih dari 3 tahun pengalaman profesional 3 - 5 mukasurat

Bila resume terlalu panjang, majikan pun rasa berat nak go through . Ada banyak lagi resume untuk mereka nilai. Hasilnya, resume anda akan dibaca secara kasar dan lompat - lompat. Resume anda juga tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Rugi kan?

Jadi, sila masukkan maklumat yang releven sahaja. Bagaimana? Rujuk panduan penulisan resume sekiranya anda belum berbuat demikian.

2. Jangan mengabaikan maklumat yang penting kerana nak ringkaskan resume.

Sekiranya resume anda terlalu penuh, anda perlu melakukan sedikit editing dan fokus kepada maklumat yang paling relevan dengan bidang anda. Jangan pula mengecilkan saiz font, membesarkan margin atau membuang spacing semata - mata nak muatkan dalam tiga muka surat.

Pendek kata, jangan berkompromi dengan layout resume anda! Resume yang nampak semak boleh menjejaskan bacaan dan minat bakal majikan.

3. Staple dan nomborkan setiap muka surat.

4. Sebaiknya kepilkan gambar hanya jika anda diminta berbuat demikian.

Gambar berukuran pasport disyorkan. Jangan meletakkan gambar yang nampak tidak profesional di mata bakal majikan.

Gambar anda dengan pose yang manja lebih afdal diletak dalam Myspace atau Facebook.

5. Gunakan satu bahasa.

Bahasa rasmi yang diterima pakai di kebanyakan sektor swasta Malaysia adalah Bahasa Inggeris. Sekiranya anda memohon untuk kerja kerajaan, sila gunakan resume Bahasa Melayu.


6. Gunakan format MS Word atau PDF.

Dua aplikasi ini adalah yang paling biasa digunakan.

7. Gunakan format font jenis 'Arial' (my recommendation )

Kajian telah membuktikan bahawa font jenis 'Arial' lebih nampak lebih profesional dan mudah dibaca. Pilihan kedua adalah 'Times New Roman'.

Jangan gunakan font yang nampak saja cantik tetapi mampu menjulingkan mata pembacanya.

8. Pilih saiz font yang sesuai.

Jangan gunakan saiz yang lebih kecil dari 10 points untuk body resume. Terbaik adalah saiz 11. Maksima 12 poin. Header boleh menggunakan font yang lebih besar: satu atau dua poin lebih besar dari body resume.

9. Jangan gunakan pelbagai format font dalam satu resume.

Kebudakkan sungguh (!) Pilih satu dan kekalkan untuk keseluruhan resume.

10. Highlight menggunakan format Boldface.

Menggunakan format 'bold' boleh menolong untuk menekankan elemen penting dalam resume dan menarik perhatian pembaca kepada perkara tersebut. Jangan pulak 'bold' sakan sampai hilang efek yang dikehendaki!

11. Gunakan Caps Lock dan format Underline untuk tajuk - tajuk sahaja.

Itupun dengan berpada. Jangan gunakan 'underline' untuk perkataan atau frasa dalam body resume. Elakkan sama sekali penggunaan 'Caps Lock' untuk body resume.

12. Elakkan penggunaan format Italic.

'Italic' biasanya digunakan dalam cetakan untuk menekankan perkataan atau frasa. Ia kurang sesuai digunakan untuk dokumen - dokumen profesional. Tetapi, sekiranya keseluruhan resume anda dalam bahasa Melayu, anda boleh menggunakan 'italic' untuk perkataan bahasa Inggeris, dan sebaliknya.

13. Gunakan margin.

Tinggalkan sekurang - kurangnya margin satu inci di muka atas, bawah dan untuk dua tepi. Margin yang sebegini memberikan rupa yang kemas kepada format resume anda.

Jangan gunakan border yang kurang dari setengah inci.

14. Gunakan format single-spacing untuk body, dan format double-spacing untuk perenggan dan tajuk.

15. Gunakan format bullets untuk highlight pencapaian.

Isi penting kerap tenggelam dalam format perenggan. Penggunaan 'bullets' menolong menyusun maklumat yang berkaitan dan menekankan kepentingannya. Jangan melebihi dari sepuluh 'bullets' untuk satu perenggan.

16. Hadkan panjang perenggan kepada tidak lebih dari 5 atau 6 baris.

17. Gunakan layout resume (style/design) yang nampak profesional.

Ada dua sebab. Pertama, format resume anda akan nampak berbeza dari yang lain. Jadi, menarik perhatian pembaca dengan sekali pandang.

Kedua, orang dah tak minat tengok resume ala biodata budak sekolah rendah.

18. Keep it simple .

Jangan cuba menggabungkan tiga atau empat format stail yang berbeza untuk satu resume. Pilih satu dan kekalkan untuk keseluruhan format resume.

19. Jangan gunakan font berwarna - warni (lebih dari satu warna).

Jangan!

20. Semak semula.

Baca resume anda seberapa banyak kali yang boleh. Anda boleh meminta bantuan orang lain untuk membaca dan menilai resume anda. Pastikan segala panduan resume telah anda patuhi termasuk penggunaan ejaan yang betul.

Anda tidak semestinya memenuhi kesemua 20 kriteria di atas untuk format resume. Mungkin ada yang tidak sesuai atau tidak memenuhi kehendak bidang anda. Contohnya, anda ingin memohon kerja kosong dalam bidang grafik. Anda boleh mengabaikan tips nombor 5, dan sebaliknya menggunakan aplikasi grafik untuk mempersembahkan resume anda dengan lebih baik. Secara tidak langsung, bakal majikan juga dapat melihat skil anda di situ.